Saturday, February 18, 2012

Hargai masa muda dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa

Assalamuaalaikum~



Alhamdulillah baru sampai dari kg..Nenek dan along sihat..seronok dpt jmpa mereka..
ada mk cik dan pk cik yg balik jugak kt kg harini..meriah je..
pg td bgn tidur terasa segar sgt sbb tido lebih dr 8 jam..hehehe jarang kot nk dpt tido lebih 8 jam sejak kerja skrg ni.
.apa yg best bila blk kg kami msti tido ramai2 kt ruang tamu smbil tgk tv..
patutnya smlm nk tgk cerekarama kt tv3 tu tp mata da lelap dulu..
dlm lelap2 tu boleh pulak dgt nenek bercerita pasal arwah atuk..
owh ini mungkin kelebihan ak kot boleh dgr clear apa org bercerita walaupun separuh sedar..
dah lama aku discover kelebihan aku ni..
erk tlg jgn perasan ok!!!


Hmm sebenarnya takda idea nk menulis tp sbb terngiang2 dgr nenek bercerita pasal arwah atuk dkt mk cik smlm pg td pas bgun terasa nk tulis kt blog..
mcm dpt idea nk tulis kt sini,,tp disebabkan berokband da lama potong sejak da abis stdy hasrat untuk menulis pg td terkubur.
.on da way blk td pun smgt dah ckp dlm hati smpai umah nanti nk tulis kt blog..
huhu betullah ak tulis kt blog betul2 ikut mood



::Kisahnya begini::

Arwah pergi dlm keadaan tiba2..
berita dia jatuh aku terima dr acu melalui fb di awal subuh..
terus aku call rumah dan ckp atuk pengsan tak sedarkn diri lepas terjatuh dr bilik air lepas solat subuh..
owh sungguh besar kuasa Allah kerana dgn berita itu ayah dan ibu sempat sampai ke kg sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya..
Dan alhamdulillah semua anak menantu cucu2 ada di sisi arwah pergi kecuali dua org iaitu aku dan sepupu aku yg belajar di matrik Perak..


Tahun ni masuk tahun ke-4 arwah atuk sebelah ayah pergi meninggalkan kami..
Tiap kali blk Kg Sekinchan, Selangor kami akan melalui tanah perkuburan..
so tiap2 kali ternampak kubur arwah mesti hati teringat kt arwah atuk..
aku antara cucu yang tak sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan sbb masa tu aku kt kuantan tgh exam mid sem..
boleh bayang tak perasan ak tym tu??
sedih toksah ckpla la tiap kali solat air mata mesti mengalir dan aku sentiasa doakan arwah dan juga org2 yg dh meninggal..mungkin rasa sedih tu xsama dgn sedih arwah tok wan meninggal sbb aku jarang blk kg dan x manja mcm dgn arwah tok wan..tp rasa dia tetap sama..
rasa kehilangan orang yg kita syg mmg pilu :'(



Seminggu sebelum arwah pergi,
ayah blk kg dan bawa arwah jalan2.merata tempat dia bawa..
sbb dulu ayah penah janji dgn atuk nk bawa atuk jln2 naik keta baru yg ayah beli..
Alhamdulilllah hajat atuk termakbul ayah habiskan seminggu kat kg bwa arwah dan nenek jalan2 jumpa sedara..
Suatu petang bila masuk waktu asar, ayah berhenti solat dekat satu masjid..
lepas ambil wuduk atuk solat 2 rakaat je..
ayah pun pelik sebab tym tu waktu asar.Bila dah selesai solat ayah pun tnya arwah,
"ayah solat apa ni?"
arwah jwb "solat subuh"
tym tu ayah dah rasa pelik sbb atuk jenis yg solat di awal waktu
dan biasanya berjemaah..
sepanjang 22 tahun kenal atuk x pernah tgk atuk solat kt rumah..
tiap2 waktu dia akan solat jemaah kt masjid..
cuma bila uzur dia solat jemaah kt rumah..
di hujung usia arwah mmg nmpk agak pelupa
tp arwah x pernah lupa tanggungjawab kt DIA..
Aku kagum dgn arwah..


Kali terakhir aku jumpa arwah masa tym raya haji atau raya puasa..
aku ingt lg arwah pesan tym tu selalu balik jenguk kt kg..
dia rindu kami sbb antara 13 beradik ayah duduk plg jauh nun kt Perak..
lepas tu arwah bg duit raya 3x kat aku..
sebak la cerita pasal arwah kt sini..
sedih sgt tak dpt nk cium pipi atuk untuk kali terakhir
tp pesan arwah sampai bila2 ak semat dlm hati..
walau sesibuk mana pun ak akan blk jenguk fmly ayah dan fmly ibu..
skrg aku dah takda atuk hnya tggal nenek je tuk dua2 fmly



Buat mereka yg masih ada ahli keluarga yg cukup silalah hargai mereka,
selalulah jenguk2 mereka sbb kita tak tau bila kali terakhir kita akan dpt berjumpa mereka..
kalau jauh sgt boleh je call dorg..
dgr suara pun da terubat rindu apatah lg kalau jumpa in person...
tak da nilai wang ringgit yg dpt beli masa yg berkualiti dgn keluarga..
dan aku sgt2 bersyukur walaupun hidup aku ni masih tiada kasih syg seorang yg bernama kekasih atau lelaki aku tetap ada fmly dan kawan2 yg memahami..
mungkin Allah nak bagi aku byk masa dgn fmly dan kwn2 dulu sebelum diberi tanggungjawab yg lebih berat


Akhir kata,
hargai masa muda kerana masa muda hanya sekali..
berubahlah selagi masih punya waktu untuk bertaubat.
Biar rasa suka dgn nikmat dunia itu ada hadnya.
Jangan tggu hingga saat nyawa di hujung halkum kerna kala itu
segala taubat tidak akan bernilai lg..
Juga hargai ibu bapa anda kelak kita juga akan menjadi seperti mereka..
Aku kagum dgn ayah sbb walaupun duduk plg jauh dan jarang dpt bersama arwah
tp saat arwah nazak,
arwah menyahut bila dgr suara ayah..
dan ayah,anak yg dpt bersama arwah seminggu sebelum arwah pergi



Suatu waktu nanti jika aku pergi dulu,
aku juga mahu orang yg rapat dgnku ada bersama.
.doakan aku pergi dengan tenang dan ditempatkan bersama
dengan org2 para soleh solihin..
Bukan hanya dgn bercakap tapi aku akan berusaha mengejar syurga Allah..
InsyaAllah



AL-FATIHAH
untuk arwah atuk,tok wan dan semua muslim muslimat yg sudah pergi dahulu..



Akhir kalam,wassalam~



P/s:Sesunggahnya dengan mengingati mati jiwa2 sentiasa tenang dan berusaha menjadi yg terbaik di-sisiNYA..Ingt mati tidak kurang 70 kali sehari..anda bagaimana??Aku juga belum sampai tahap itu.Mari sama2 kita berubah..Aminnnn

0 comments: