Saturday, September 29, 2012

Rasa cinta itu kurniaan Allah

Assalamualaikum~


Apa khabar anda semua??moga2 dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.Aku akui sudah kurang menulis di dlm blog ni.Bukan menduakan blog tp masa makin tidak mengizinkan untuk mencoret pelbagai cerita yg terjadi.Moga diberi kesempatan untuk menulis dgn lebih kerap selepas ni.Tapi bergantung jugak kepada masa dan idea tuk membebel kat sini ( i luv my time during study most of the time).Skrg bru rasa cepatnya masa berlalu, dulu tym study boleh relax2 tgk drama korea sampai 20 episod tp skrg 1 episod pun susah nak habis.




Ya berbalik kepada tajuk asal entry ini (selalu je lari topik ak ni..haishhh).Maafkan saya.Ceritanya begini.Seingat saya (saya lebih sopan bila berbicara) masa sy masih di awal 20 an (skrg pun awl 20an gak) saya penah tanya dgn diri sendiri.Saya terfikir sendiri bagaimana org yg sudah berkahwin boleh hidup berpuluh-puluh tahun bersama.Tidak bosankah hidup mereka bila tiap hari tengok muka orang yang sama?buat perkara yang masa?Saya tertanya-tanya sendiri bolehkah sy hidup seperti mereka.Contoh plg dekat haruslah ayah dan ibu.Mahu juga bertanya ibu tak bosan ke asyik duk dgn ayah??hahaha tp pertanyaan itu hanya di benak hati saja.Saya sebenarnya segan untuk bertanya perihal kahwin di depan ibu apatah lg ayah.Terasa tidak cukup dewasa lg masa tu.



Dan semakin meningkat usia,hal tersebut masih dibiarkan tanda tanya.Masih tiada jawapan ttg persoalan yg diutarakan sendiri.Saya sebenarnya takut dgn bayang2 sendiri.Takut untuk memulakan suatu perhubungan sesudah lebih lima tahun bersendirian tanpa ada seseorang yg digelar teman lelaki.Bukan serik dgn lelaki tp sy jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk sy lebih berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga dlm perhubungan.



Saya lebihkan keluarga dan kawan2.Disebabkan itu mereka anggap sy ini tiada masalah sbb sy gemar sembunyikan perasaan sendiri disebalik gelak ketawa sy.Walhal bila malam sudah larut sy menangis teresak-esak mengenangkan nasib diri dgn dosa lampau.Saya ubah diri sy kepada yg lebih baik.Perubahan itu dibuat sedikit demi sedikit.Tiap kali sy terjaga mlm, sy sujud minta diampunkan dosa lalu,diberikan kekuatan istiqamah untuk menjadi yg lebih baik dan dikurniakan jodoh yg baik.Apa saja yg sy coretkan di sini adalah ttg sy.Sy bukan Rabiatul Adawiyah yg ibadahnya setinggi gunung.Sy hamba Allah yg hina.Masih mencari kekuatan menjadi secekal isteri nabi Siti Khadijah.



Alhamdulillah,doa2 sy selama ini diperkenankan Allah dgn mudah.Sy masih istiqamah dan sy sudah bertemu dgn pemilik tulang rusuk kiri sy insyaAllah.Andai waktu itu dpt diputar,sy mahu "freeze" saat itu.Bagai mimpi doa sy dipermudahkan walau lewat sujud2 sy tidak pernah menyebut mana2 nama lelaki sebagai suami sy.Sy redha dgn ketentuan Allah kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.




Dan sekarang, persoalan yg sebelum ini bermain di fikiran sy sudah sy temui jawapannya.Ya sy kini tidak pelik atau musykil kenapa org yg berkahwin boleh hidup bersama selamanya kecuali mati yg memisahkan nyawa.Ada perasaan yg pelik akan menusuk jiwa bila kita akan,sedang dan sudah berkahwin.Perasaan itu tidak mungkin dpt dihuraikan dgn kata-kata.Ia terjadi bila sampai masa,jodoh akan menyapa kita.Saat itu segala kemusykilan akan lesap di jiwa.Ini kerana tujuan utama sebuah perkahwinan adalah untuk menjadi yg halal buat kita dan bersama-sama menuju RedhaNya.



Syukran Jazilan Ya Allah atas nikmat dan perasaan ini.Andai ini cinta yg diredhai kami akan sama-sama menjadi hamba yg bertaqwa.Cinta dr Allah akan membawa kita ke syurga.Memberi ketenangan di jiwa dan juga penyejuk di mata.Moga2 perasaan cinta ini akan kekal sampai bila2.Kepada pemilik tulung kiriku,sy minta maaf andai dlm perhubungan kita ini ada pasang surutnya.Sy manusia yg bernama hawa punya pelbagai rasa.Sy cuba menjadi yg terbaik dan kurangkan emosi yg tak sepatutnya.Huhu mahu jadi sepositif yg boleh.InsyaAllah dgn izinNya...




p/s: Jodoh kita adalah apabila kita rasa boleh hidup dgn dia sampai syurga.Walau pada pndangan org segarang manapun dia,seburuk manapun dia tp jika kita sendiri yg pandang dia kita rasa tenang dan bahagia itu adalah jodoh kita.Jodoh itu rahsia Allah,jgn gusar andai ada antara kita masih belum bertemu jodoh.Berdoa dan terus berdoa!!!