Monday, August 13, 2012

::Yang ditutup dan menutup::

Assalamualaikum~


Apa khabar duhai pembaca sekalian? ( gaya mcm ada je yg baca blog ni..hehe).Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera.Ramadhan semakin meninggalkan kita.Malam ni sudah masuk masuk ke 26 ramadhan.Ayuh mari sama2 buat pecutan terakhir sebelum ramadhan pergi meninggalkan kita begitu saja.



Ptg td sebelum berbuka sempat membelek fb..hati tetiba hati rasa tersentuh dgn satu iklan tentang menutup aurat kaki.Biar aku ceritakan kisah tentang diri aku sendiri.Bukan mahu menuding jari kepada sesiapa sbb kita manusia tidak sempurna bukan bersifat maksum seperti nabi dan rasul utusan Allah.



Kisahnya bermula apabila aku pulang dr mengerjakan umrah pada usia 17 tahun (lepas spm 2004).Memandangkan sudah menjejakkan kaki ke tanah suci ibu selalu berpesan supaya menjaga aurat.Kalau boleh biar menutup aurat secara menyeluruh bukan separuh-separuh.Maksudnya pakai baju yang longgar dan labuh,tudung jgn singkat dan pakai stoking kaki.


Kaalu setakat pakai bju longgar dan labuh (xde la ak ni alim pakai bju labuh betul..ak ni biasa2 je) mmg dr kecik ibu dah biasa pakai bju size laki besar gedabak tak padan dgn badan yg kecik.Tapi satu perkara je susah nak ikut iaitu pakai stoking kaki.




Tym tu ak salu memberontak.Tak best lgsg pakai sandal pastu pakai stoking,panas dan tak nmpak cool lgsg pakai stoking.Rasa kolot giler tgk pmpn pakai stoking ngn sandal ke heels ke mmg no no no laa.macam tak kena gaya je rasa.Owh maafkan hambaMu ni ya Allah.sgguh jahil aku waktu itu.



Disebabkan nak menjaga hati ibu dan tak nak bg ibu membebel lebih lama aku pun usaha la pakai stoking kalau kuar dgn ibu kt umah.haha tp bila kat matrix dan universiti ak pkai on and off stoking.ikut mood ak la nak pkai ke x.langsung tak istiqamah.


Situasi ni berlanjutan smpai la ak dah stat keja masih lg jap pkai jap x pkai stoking.wajib pkai stoking kalau pkai kasut bertutup.kalau sandal ke heels ke mmg susah nak pkai stoking.Aku sendiri tak sedar bila ak berubah tp taun lepas ataupun awal tahun ni ak ada buat entry pasal istiqamah.Start dr mimpi2 ngeri ak tu ak berfikir sejenak dan sedar ak kena berubah menjadi seorang muslimah yg sempurna.Terima kasih jgak kepada org terdekat yg menyedarkan ak dr lena yg panjang ttg pentingnya menjaga aurat.



Alhamdulillah, bila tetiba satu hari tu blk umah dan ckp kt ibu tlg buatkan sarung lengan mcm2 kaler sama mcm ibu pakai.Ibu peluk aku kuat2.Ibu ckp tak sangka kakak da byk berubah..pheww mcm selama ni ak jahat sgt je..


Syukurlah doa aku untuk konsisten pakai sarung tangan dan stoking sudah termakbul.Sekarang ni walau apa jd sekalipun dua bnda ni wajib dipakai sebelum ak keluar dr rumah.Mungkin sudah menjadi kelaziman kalau tak pakai stoking dan sarung lengan terasa mcm janggal je.Rasa mcm tak lengkap berpakaian.


Moga diri ini terus istiqamah dalam mencari redha Ilahi.Sebelum akhir kata,lihat sejenak poster ttg aurat kaki bg perempuan..renung-renungkan..Wallahu'alam


0 comments: