Thursday, August 20, 2015

Seminggu sudah berlalu

Assalamualaikum w.b.t


Harini khamis genap seminggu pemergian tok mengadap Illahi..Masih terbayang wajah tok semasa diangkat ke ats katil seketika menunggu untuk dimandikan.Tenang sekali wajah itu.Wajah yang padanya seakan-akan tidur lena dengan hela nafas yang panjang.

Semasa tok sakit aku selalu pandang tok yang sedang tidur sambil memerhatikan hela nafas yang sangat perlahan.Tak sangka tok pergi seawal ini.Rasanya baru semalam tok sihat tok bergurau tok bercakap mengenai masa mudanya masa susahnya masa senangnya bersama anak-anak.   

Petang tadi semasa perjalanan pulang dari hospital ke rumah Mak Jah (pengasuh Khaira) slot dalam radio ikim membincangkan mengenai "saat sakaratul maut".Aku jadi kelu lidah berhenti fikir sejenak.Tajuknya sangat bersesuaian dan terkena pada diriku.Tok baru pergi seminggu tapi saat penghujung nyawanya sangat terkesan di dalam diriku.

Dalam slot tersebut ustaz menceritakan perbezaan orang yang pergi dengan cara baik dan sebaliknya.Malaikat mula memutuskan urat nadi bermula dari telapak kaki,hujung kaki sampai ke lutut.Seterusnya kumpulan kedua malaikat akan menarik nadi dari lutut ke perut dan seterusnya dari perut ke halkum.Di halkumlah penentu samada anak adam di syurga atau neraka.Bagi mereka yang beramal soleh di dunia,saat ini muncullah orang2 yang mereka sayangi yang sudah pergi dahulu menceritakan tentang syurga dan jangan sedih meninggalkan dunia.Tanda orang yang mendapat husnul khatimah adalah peluh memercik di dahi,muka dan gigi seakan tersenyum serta hidung yang kembang kempis membayangkan nikmat syurga.Mereka akan pergi dengan tenang seakan angin lalu dan berbau wangi.Sesudah nyawa dicabut di hujung rambut roh akan naik ke tujuh petala langit dan pada setiap petala langit malaikat akan bertanyakan siapa roh ini,beruntunglah dia mendapat syurga Allah.Sungguh ramai malaikat mendoakan untuk roh tersebut sehingga sampai di hadapan Allah dan diperintahkan masuk ke syurga.Sesudah itu roh akan turun semula di hujung kepala dan melihat terlebih dahulu siapa yang akan memandikan dia,mengkapankan serta menanamkan.Oleh sebab itulah kita digalakkan untuk memandikan jenazah dengan cara yg lembut serta tidak melengah-lengahkan pengebumian kerna apabila sudah meninggal jasad mayat ibarat terbakar seluruh badan.sentuhan yang sedikit ibarat perit tiada penghujungnya.Kasihanilah jasad yang sudah tiada,segerakan pengebumian moga2 arwah lebih tenang di sana.

Tiada lagi dosa pahala akan dicatit malaikat sesudah tiap2 orang anak adam itu meninggal.Justeru marilah kita beramal,bersedekah dan menghafal sebanyaknya ayat-ayat al quran kerna di sana nanti bukan harta kekayaan,bukan kesihatan tubuh badan yang menjadi ukuran.Yang membezakan cuma amalan hidupnya di dunia.Marilah persiapkan langkah menuju alam yang ke-3 sebelum bertemu semula di alam akhirat yang kekal abadi.Diharapkan moga Allah kurniakan kita keimanan yang teguh,istiqamah menuju jalan Illahi

Amin ya rabb~

#kakak ingat sangat kat tok.Tiap kali ingt kakak doakan tok sejahtera di sana..Aaminnnn

0 comments: