Saturday, July 6, 2013

DIA bukan ada pada waktu sukar sahaja..DIA ada sepanjang masa

~Assalamuaalaikum~



Sungguh kita diuji,
Dari pelbagai sudut,
Terkesima sejenak...


Betapa kuat diuji,
Aku masih di sini,
Bukan kelemahan yang aku pinta,
Cuma kekuatan jiwa dan raga,
Untuk menempuh ujian ini...



Terkadang aku berada
Pada tahap paling lemah,
Tak mampu rasanya bersuara,
Merenung kembali kekhilafan diri,



Mungkin aku bukan sebenar-benar hamba,
Riang gembira ketika bahagia,
Sehingga terlupa
Mengucap syukur pada Yang Esa
Dan hanya meminta dan mencariMu
Bila dugaan tiba


Sungguh ujian dariMu
Atas khilaf aku sendiri
Aku sedar YA TUHAN
UjianMu itu ada hikmahnya
Aku mahu jadi hamba sebenar-benar hamba
Tuhan ada di dalam dada sepanjang masa
Bukan hanya ketika bencana



Kupohon kepadaMu sedarkan aku,
Dengan istiqamah yang tidak mengenal erti lelah,
Kejayaan yang tidak membuatku alpa,
Usaha yang berterusan,
Taqwa dan tawakkal sepanjang perjalanan hidup
Aaamiinnn Ya Rabb





0 comments: