Saturday, July 6, 2013

DIA bukan ada pada waktu sukar sahaja..DIA ada sepanjang masa

~Assalamuaalaikum~



Sungguh kita diuji,
Dari pelbagai sudut,
Terkesima sejenak...


Betapa kuat diuji,
Aku masih di sini,
Bukan kelemahan yang aku pinta,
Cuma kekuatan jiwa dan raga,
Untuk menempuh ujian ini...



Terkadang aku berada
Pada tahap paling lemah,
Tak mampu rasanya bersuara,
Merenung kembali kekhilafan diri,



Mungkin aku bukan sebenar-benar hamba,
Riang gembira ketika bahagia,
Sehingga terlupa
Mengucap syukur pada Yang Esa
Dan hanya meminta dan mencariMu
Bila dugaan tiba


Sungguh ujian dariMu
Atas khilaf aku sendiri
Aku sedar YA TUHAN
UjianMu itu ada hikmahnya
Aku mahu jadi hamba sebenar-benar hamba
Tuhan ada di dalam dada sepanjang masa
Bukan hanya ketika bencana



Kupohon kepadaMu sedarkan aku,
Dengan istiqamah yang tidak mengenal erti lelah,
Kejayaan yang tidak membuatku alpa,
Usaha yang berterusan,
Taqwa dan tawakkal sepanjang perjalanan hidup
Aaamiinnn Ya Rabb





Monday, July 1, 2013

25/05/2013 bersamaan 15 Rejab 1434H

Assalamuaalaikum w.b.t~


Alhamdulillah,akhirnya ada juga kelapangan untuk menjenguk semula blog kesayangan yang makin bersawang sejak dua menjak ni.Ini suma gara-gara menguruskan persiapan kahwin yang merentap segala waktu senggangku..adehhh!!!

Bercakap mengenai topik perkahwinan,Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana urusan perkahwinku dipermudahkan walaupun ada sedikit kegusaran sebelum dan semasa majlis berjalan.Tetapi akhirnya semua kegusaran itu hilang pabila melihat orang-orang dicintai tersenyum disisiku.

Bahagian mana perlu aku ceritakan dahulu.Ya sungguh banyak yang perlu dicoret disini.Mungkin mengambil masa tiga hari tiga malam baru cerita tentang majlis perkahwinanku dapat diabadikan di dalam blog ini.Hal perkahwinan terasa begitu cepat berlalu bermula dari April 2012 di mana majlis merisik telah diadakan antara kedua-dua keluarga. Masih teringat ketika mana mak (skrg dh pggl mak tuk mak suami) menyarung cincin di jari.Terasa macam mimpi sudah dirisik seterusnya ditunangkan pada Oktober 2012.

Alhamdulillah perjalanan cinta kami dipermudahkan dengan ikatan perkahwinan pada tarikh keramat 25/5/2013 bersamaan 15 Rejab 1434H.Ingat lagi pandang langit ketika itu bulan sepurnama.Indah sangat tak dapat dizahirkan dengan kata-kata.Kehadiran sanak sedara mak cik pak cik tok nenek dan juga sahabat-sahabat sejati (kalau sebut sorang2 jenuh nak taip kat sini) sangat2 dihargai.Kepada Suna,Izza,Jae dan Dyla yang sanggup bersengkang mata meletakkan inai di jari kakiku padahal aku dah terlena masa itu buat rasa diri ini sebak seketika.Uhukkkkk aku harap dapat buat benda yang sama bila kalian kawen nanti.InsyaAllah..Tak lupa kepada geng dulang walau korang tak laksanakn tugas seperti yang telah diarahkan aku tetap gembira sebab dapat sumbangkan baju untuk korang..hahaha ucapan ntah hape2

Majlis akad nikah dan resepsi pada hari yang sama memang memenatkan.Kamimterkejar-kejar melayan tetamu juga saudara yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia.Ya kami keluarga besar ayah ada 13 beradik dan ibu pula hanya 3 beradik tapi bila dikumpulkan dengan sedara sebelah tok dan tok wan mana mungkin jumlah itu berkurangan haruslah bertambah ditambah pula dengan jemputan tetamu sebanyak 1200 orang memang kelam kabut jadinya.Bayangkan pagi tu masih memerahkan inai di jari dengan inai segera (tula pakai jap sgt inai mlm tu mana nk jd kaler merah pekat).Majlis yang sepatutnya bermula pukul 10 terlewat setengah jam.Aku menangis teresak-esak ketika mendengar izin ayah sebagai wali untuk menikahkan aku dengan lelaki pilihanku iaitu Khairwan ketika itu.Sebak sangt2 terasa macam sudah kehilangan ayah ketika itu.Nada ayah juga membuatkan aku terasa mahu menangis lagi sebab terasa ayah menahan rasa sedih melepaskanku dari bawah jagaannya.Setahu aku ayah takkan menangis kecuali masa arwah atuk meninggal itupun cuma mata merah menyala menahan tangis.

Dan dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada suamiku sekarang ini.Terlepas sudah tanggungjawab ayah diganti pula dengan tanggungjawab suamiku.Huhuhu abang sayang sebak sangat2.Sayang taktau nak ckp macam mana bila dengar abang lafaz nikah..I shud take time and write up again.Emosi sgt ni sbb skrg kami masih berjauhan kerana tugasan kerja. Suami di Kuching sebagai guru dan aku di Hospital Ipoh sebagai pegawai pemulihan perubatan bukan jarak masa dan tempat yang dekat untuk kami selalu berjumpa.Masa sangat2 mencemburui kami dan kadang2 kami terpaksa berlawan dengan masa untuk melepaskan rindu.


Seperti kata suamiku,mungkin ada hikmah perpisahan sementara yang berlaku antara kami.Mungkin aku perlu giatkan usaha dan melipatgandakan doa supaya kami dapat merasa tinggal sebumbung suatu masa nanti.Mungkin jua rezeki kahwin kami diberi dalam bentuk yang tidak ternilai dengan wang ringgit semata,Mungkin jua kami diberi zuriat yang soleh solehah di nanti.Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.Aku cuba menjadi setabah dan secekal yang boleh menghadapi situasi sekarang ini dan aku percaya aku mampu lalui semua ini.Dan untuk kalian yang membaca entry ini diharapkan dapat sama2 mendoakan supaya kami dapat bersama tinggal di bumi Ipoh ini.Aamiinnnnnnn


p/s:Untuk abang yang setia bersama ketika senang dan susah, sayang sayang sgt2 abang..suatu hari nanti InsyaAllah impian kita untuk tinggal bersama dimakbulkan Allah