Saturday, May 19, 2012

Dugaan itu indah

Assalamualaikum~


Di pagi ahad yg hening ini..boleh kira pg lg sbb belum pukul 12.hehe.. Alhamdulillah ak masih diberi kesempatan tuk menghirup udara dan berpijak di muka bumi ini.


Bulan lepas ak salu aggap bln 5 ni bln last tuk gigih bekerja sbb bln 6 result SPA da kuar dan boleh resign dr keja skrg.Ak sgt gembira bila telah melalui interview dgn pihak SPA.Tapi betullah pepatah manusia hnya merancang dan perancangan tuhan adalah sebaik2 rancangan.


Dalam tgh seronok plan tuk resign ak dikejutkan dgn berita colleague merangkap nama pggilan atak cedera di lutut sewaktu nk start motor nk p keja.ak dpt dua berita yg berbeza sbb memula sahrul ckp dia eksiden kaki xleh gerak rupanya pas bang long call bru dpt tau sbb cedera kt lutut.smpai dua kali operation still xleh gerak kaki lg.Jadi tuk menggantikan ofis HQ HL yg ketiadaan audiologist ak terpaksa menggantikan tmpt beliau buat sementara waktu. X jadi da sementara waktu sbb zalee ckp mybe takes two months to recover and rehab.perghhhh giler ahh ak kena keja direct 6 hari seminggu skrg.cuti hanya di hari ahad.




Dan masyaAllah dugaan yg ak terima amat perit.Ketika inilah segala jenis manusia yg dtg memerlukan ak guna segala skill yg dah lama ak tggl sejak ak join marketing.ada la dkt 4 bulan da x attend pt.Tym ni la ak praktis blk segala skill klinik yg da dkt berkarat. Alhamdulillah setakat ini ak masih boleh handle pt.Cuma kdg2 bila ada pt yg cerewet fussy nk mampus ak hampir nk nges.ak mana biasa attend pt yg terlalu cerewet.dulu ingt lg tym abg hot chix ada pnh menangis dpn dia dan Ah Wai sbb pt tu marah ak tym nk amik acuan telinga.dulu bolehla ngis pastu abg hot chix take over ak.skrg dia dah takde mcm mana pun ak kena jgak handle suka ke tak suka ke kena jgak.



Disebabkan hal yg berlaku skrg ini, ak byk belajar bersabar dgn kehidupan. Dugaan ini bru sedikit.ayah penah ckp kt mana2 keja sama jgak ada problem cuma mgkin ujian dia berbeza.kakak kena kuat dan byk bersabar,salu istighfar dgn kerenah manusia.cmtu jgak la si sahrul ckp tym call kt ofis.dia ckp kau kena keraskan ati dan jgn bg muka dkt pt.kau kena tegas bru pt xleh nk buli kau.Tym telefon tu jgak ak menangis dpn sahrul.wuhuhuu ak tau ak mmg lemah.dgn menangis je boleh buat ak rasa tenang dan dpt smgt kembali.



Bila terbangun mlm2,ak salu musahabah diri ak aggap ini ujian.Ujian yg selayaknya Allah beri kerana ak mampu atasi.Tapi kdg2 ak tewas dgn perasaan sndri.Ak jadi kurang yakin dgn kemampuan diri.Sbb tu kdg2 ak merungut sana sini dlm fb twit semua.Ak sedar merungut bkn boleh selesaikan masalah.Hingga detik ini ak masih berusaha kuatkan semangat tuk menempuh 2 bulan bekerja sendirian di ofis.



Terima kasih kepada kalian yg salu memberi nasihat dan kata2 semangat kepada ak. Tanpa kalian ak mungkin tidak mampu bertahan sampai di tahap ini. Matlamat ak masih jauh tp ini mgkin salah satu halangan yg boleh membimbing ak menjadi seorang audiologist yg berjaya suatu hari nanti.



Mungkin Allah dgr rintihan ak.Secara jujur ak lagi suka attend pt drpd buat marketing. Ak rasa sgt seronok bila attend pt dan pt hepi bila ak bg trial hearing aids dan mereka boleh dgr kembali.Yaa ak kini tidak ragu2 lg ak suka klinikal settings ak suka tlg
org.



Sahrul ckp amik la incentive sales dia sbb dia sakit dan ak tlg dia xminta apa2.Ikhlas dr hati ak x perlukan apa2. Ak tak penah merungut pasal incentive sbb ak sedar ak bkn permanent staf jd ak xlayak nk minta mcm2.Tetapi hari jumaat tu bos bru ckp dorg akan bg incentive tuk ak.Incentive sbb ak sggup tlg buat sales yg byk.Padahal ak tlg gnti sahrul dua hari je.Lagi satu sebagai hadiah sbb ak pasni ak msk hosp gomen (mcm da dpt je gaya ckp).Hmm ak mls nk ckp apa lgpun bos lama aka mami ckp u ikut je ckp dorg.i yg minta dorg bg incentive dkt u.Ak angguk jela.


Bagi aku wang ringgit bkn segalanya.Mungkin dulu tym stdy ak pikir nk pulun cri duit tp sebenarnya bila di thp skrg duit boleh dicari tp masa yg hilang tidak dpt ditukar gnti.Time quality sgt penting bg ak.Ak perlukan masa bersama family dan kawan2.Ak cemburui masa di universiti.Walhal skrg nak habiskan satu buku pun amatlah payah..huhuhu nk apply cuti lg laa jenuh minta.nasib cuti ujung bln ni da approved.Ak risau xdpt p kenduri kwn2 baik ak bln june ni sbb sahrul masih di wad.



Ya Allah permudahkan segala urusan ku..Jgn kau timpa ujian yg tidak mampu ak atasi..Sesunguhnya ujian yg kau berikan kepadaku mudah-mudahan menjadikan ak seorang hamba yg makin bersyukur kepadaMu..


wallahua'lam~




p/s:Aku menulis dgn hati dgn harapan warkah ini meresap ke dalam jiwa2 kalian yg membaca..doakan ak tabah!!!Amennn

0 comments: