Saturday, July 6, 2013

DIA bukan ada pada waktu sukar sahaja..DIA ada sepanjang masa

~Assalamuaalaikum~



Sungguh kita diuji,
Dari pelbagai sudut,
Terkesima sejenak...


Betapa kuat diuji,
Aku masih di sini,
Bukan kelemahan yang aku pinta,
Cuma kekuatan jiwa dan raga,
Untuk menempuh ujian ini...



Terkadang aku berada
Pada tahap paling lemah,
Tak mampu rasanya bersuara,
Merenung kembali kekhilafan diri,



Mungkin aku bukan sebenar-benar hamba,
Riang gembira ketika bahagia,
Sehingga terlupa
Mengucap syukur pada Yang Esa
Dan hanya meminta dan mencariMu
Bila dugaan tiba


Sungguh ujian dariMu
Atas khilaf aku sendiri
Aku sedar YA TUHAN
UjianMu itu ada hikmahnya
Aku mahu jadi hamba sebenar-benar hamba
Tuhan ada di dalam dada sepanjang masa
Bukan hanya ketika bencana



Kupohon kepadaMu sedarkan aku,
Dengan istiqamah yang tidak mengenal erti lelah,
Kejayaan yang tidak membuatku alpa,
Usaha yang berterusan,
Taqwa dan tawakkal sepanjang perjalanan hidup
Aaamiinnn Ya Rabb





Monday, July 1, 2013

25/05/2013 bersamaan 15 Rejab 1434H

Assalamuaalaikum w.b.t~


Alhamdulillah,akhirnya ada juga kelapangan untuk menjenguk semula blog kesayangan yang makin bersawang sejak dua menjak ni.Ini suma gara-gara menguruskan persiapan kahwin yang merentap segala waktu senggangku..adehhh!!!

Bercakap mengenai topik perkahwinan,Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana urusan perkahwinku dipermudahkan walaupun ada sedikit kegusaran sebelum dan semasa majlis berjalan.Tetapi akhirnya semua kegusaran itu hilang pabila melihat orang-orang dicintai tersenyum disisiku.

Bahagian mana perlu aku ceritakan dahulu.Ya sungguh banyak yang perlu dicoret disini.Mungkin mengambil masa tiga hari tiga malam baru cerita tentang majlis perkahwinanku dapat diabadikan di dalam blog ini.Hal perkahwinan terasa begitu cepat berlalu bermula dari April 2012 di mana majlis merisik telah diadakan antara kedua-dua keluarga. Masih teringat ketika mana mak (skrg dh pggl mak tuk mak suami) menyarung cincin di jari.Terasa macam mimpi sudah dirisik seterusnya ditunangkan pada Oktober 2012.

Alhamdulillah perjalanan cinta kami dipermudahkan dengan ikatan perkahwinan pada tarikh keramat 25/5/2013 bersamaan 15 Rejab 1434H.Ingat lagi pandang langit ketika itu bulan sepurnama.Indah sangat tak dapat dizahirkan dengan kata-kata.Kehadiran sanak sedara mak cik pak cik tok nenek dan juga sahabat-sahabat sejati (kalau sebut sorang2 jenuh nak taip kat sini) sangat2 dihargai.Kepada Suna,Izza,Jae dan Dyla yang sanggup bersengkang mata meletakkan inai di jari kakiku padahal aku dah terlena masa itu buat rasa diri ini sebak seketika.Uhukkkkk aku harap dapat buat benda yang sama bila kalian kawen nanti.InsyaAllah..Tak lupa kepada geng dulang walau korang tak laksanakn tugas seperti yang telah diarahkan aku tetap gembira sebab dapat sumbangkan baju untuk korang..hahaha ucapan ntah hape2

Majlis akad nikah dan resepsi pada hari yang sama memang memenatkan.Kamimterkejar-kejar melayan tetamu juga saudara yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia.Ya kami keluarga besar ayah ada 13 beradik dan ibu pula hanya 3 beradik tapi bila dikumpulkan dengan sedara sebelah tok dan tok wan mana mungkin jumlah itu berkurangan haruslah bertambah ditambah pula dengan jemputan tetamu sebanyak 1200 orang memang kelam kabut jadinya.Bayangkan pagi tu masih memerahkan inai di jari dengan inai segera (tula pakai jap sgt inai mlm tu mana nk jd kaler merah pekat).Majlis yang sepatutnya bermula pukul 10 terlewat setengah jam.Aku menangis teresak-esak ketika mendengar izin ayah sebagai wali untuk menikahkan aku dengan lelaki pilihanku iaitu Khairwan ketika itu.Sebak sangt2 terasa macam sudah kehilangan ayah ketika itu.Nada ayah juga membuatkan aku terasa mahu menangis lagi sebab terasa ayah menahan rasa sedih melepaskanku dari bawah jagaannya.Setahu aku ayah takkan menangis kecuali masa arwah atuk meninggal itupun cuma mata merah menyala menahan tangis.

Dan dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada suamiku sekarang ini.Terlepas sudah tanggungjawab ayah diganti pula dengan tanggungjawab suamiku.Huhuhu abang sayang sebak sangat2.Sayang taktau nak ckp macam mana bila dengar abang lafaz nikah..I shud take time and write up again.Emosi sgt ni sbb skrg kami masih berjauhan kerana tugasan kerja. Suami di Kuching sebagai guru dan aku di Hospital Ipoh sebagai pegawai pemulihan perubatan bukan jarak masa dan tempat yang dekat untuk kami selalu berjumpa.Masa sangat2 mencemburui kami dan kadang2 kami terpaksa berlawan dengan masa untuk melepaskan rindu.


Seperti kata suamiku,mungkin ada hikmah perpisahan sementara yang berlaku antara kami.Mungkin aku perlu giatkan usaha dan melipatgandakan doa supaya kami dapat merasa tinggal sebumbung suatu masa nanti.Mungkin jua rezeki kahwin kami diberi dalam bentuk yang tidak ternilai dengan wang ringgit semata,Mungkin jua kami diberi zuriat yang soleh solehah di nanti.Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.Aku cuba menjadi setabah dan secekal yang boleh menghadapi situasi sekarang ini dan aku percaya aku mampu lalui semua ini.Dan untuk kalian yang membaca entry ini diharapkan dapat sama2 mendoakan supaya kami dapat bersama tinggal di bumi Ipoh ini.Aamiinnnnnnn


p/s:Untuk abang yang setia bersama ketika senang dan susah, sayang sayang sgt2 abang..suatu hari nanti InsyaAllah impian kita untuk tinggal bersama dimakbulkan Allah

Wednesday, June 19, 2013

I love you

Do good and think positive

I believe on you my hubs
May Allah grant us lots of Barakah
Aamiinnnnn..


p/s:Now,u be my hero and imam..Alhamdulillah :)

Friday, April 5, 2013

SERABUT

Assalamualaikum..

Just one word u describe me and i felt dumbfounded..I'll remember this till the rest of my life..I'm not worth to u coz im causing u SERABUT..I'll keep a distance from now on..

Wassalam

From,
Broken heart into pieces

Monday, March 11, 2013

Just make a wish

Assalamuaalaikum~

It's been a while since my last time update a new entry..Hmm i had been thinking about something over and over again.Actually i had been dreaming about it for a quite sometimes.To make it worst,nowadays it like haunting my life now and then.Hmm what should i say more i had been dreaming to have a Pandora bracelet and amazing charms for my own.


However,by looking back on my preparation for wedding, i keep silent about having a set of pandora to myself.After all this item is my old time wishlist.Although i worked for almost two years but still i cannot get it until now.Huhuhuhu pity me :'(


Thus,by just looking a picture of that everyday hopefully can make me realized one day i can have it around my hand.Please pray for me..Thank you



p/s:If and only if I have a lot of money maybe I don't bother buying a stuff like that and put into my wishlist.Huhu



#All pictures credit to Google Images#







Thursday, March 7, 2013

~Silence is cure~

Assalamuaalaikum~

Hampir dua minggu rasa tak update apa2 kat sini.Rindu sgt kt blog kesayangan.Bila ingt zaman study dulu rajin update blog macam2 kisah ditulis.Tapi sekarang sejak bekerja makin kurang menulis makin kurang idea makin malas sebenarnya.Huhuhuuu

Tak tau nak mula cerita dari mana.Rasa macam terperangkap dalam sela masa yg lama.Macam2 jadi sepanjang hujung tahun lepas dan awal bulan ni.Kalau boleh diputar masa mahu saja dibuat video semua.

Hmmm mood malam ni sangat kacau bilau.Tak sangka besar dugaan bila dalam perhubungan ada perbalahan.Ditambah pula hubungan cinta jarak jauh sebagai penambah perisa.Ya aku akui aku sendiri terhempas dengan keadaan ini.Ada masa terfikir sendiri sampai bila harus begini.Sekarang dh bertunang tak lama lg berkahwin tapi harapan tuk tinggal bersama masih samar-samar.

Langit tak sentiasa cerah,kadang-kadang ada gerimis di tengahari.Begitu jua kehidupan bukan manis selalu pahit juga perlu.

Sekarang aku dalam fasa berdiam diri.Berdiam diri dari berhubung.Biarlah aku sendiri seketika mencari jawapan kepada persoalan yg sering timbul kebelakangan ini. Mungkin aku yg salah selama ini.

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Kadang menangis sgt membahagiakan bila bersama dgn org yg kita cinta tapi terasa kelat bila org yg kita cinta tu menjadi org yg jauh dr kita saat ini.Aku hilang tempat mengadu.


Aku masih punya Allah yang sentiasa ada walau suka dan duka.Aku harus tingkatkan rasa cinta pada Dia Yang Maha Esa.Dia yang tidak pernah mengecewakan aku.Dia yang tidak pernah mendustakan aku.Namun aku yg kadang2 terlupa melebihkan cinta kepada makhluknya melebihi Dia Sang Pencipta.Ya Allah ampunkan segala dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku dan dosa org2 yg aku sayang.Aku mohon mereka sentiasa berada dalam RahmatMu.Aaminn


p/s: Entry penuh duka sambil air mata mengiringi setiap bait-bait kata..sungguh bila sendiri kita kenal diri.Wassalam


Sunday, February 10, 2013

Menjaga Hati Jua Diri

Assalamualaikum~

Ada masa kita takkan dapat apa yg kita nak tp Allah bagi apa yg kita perlu..kadang2 kita rasa Allah tu kejam sgt.Hilangkan apa yg kita nak sekelip mata..Kadang-kadang kita rasa bersyukur sgt bila doa kita diperkenankan

TAPI

Kenapa bila kita dikecewakan?Bila kita putus harapan?Kita akan lebih ingat DIA??


Ini lumrah semua manusia,bila ditimpa kesusahan baru kita rasa rendah diri,rasa terhina,rasa tak layak hidup di dunia ini.Dan pada masa inilah kita merintih,merayu pada Dia Si Pencipta agar apa yg kita hadapi sekarang ada jalan cahaya di hadapan.


Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..
Ampunkan dosa ku,dosa kedua ibu bapaku serta dosa muslimin muslimat di dunia ini.Sesungguhnya kami hambaMu yg paling lemah.Diduga penuh onak dan ranjau berduri dlm usaha mencari sinar hidayah dariMu..mungkin sekilas kami terleka dari RahmatMu ya Allah..kejutkan kami dari lena yg lama,jauhkan kami dari perkara yang sia-sia,berikan kami hidayahMu yg tidak terhingga dan ampunkan dosa kami seperti buih2 di persisiran pantai..

Mungkin coretan kali ini berbunyi nada berbeza, ya daku dlm situasi yg tidak terduga..mengharap belas dan ihsan darimu Ya Allah..


Permudahkanlah segala urusanku selepas ini dan kemudian hari..redakan sifat amarah ku yg bisa membunuh rasa sesiapa yg tercalar hatinya..Maafkan daku kerna aku juga manusia biasa.Terkadang bisikan syaitan menguasai fikiran.Sungguh durjana makhluk itu.Aku berdoa aku tidak akan tewas lagi selepas ini.Dengan izin Allah doakan aku terus berjuang menjadi muslimah penghuni syurga


Aminn Ya Rabb